Martin Ødegaard
Martin Ødegaard

Martin Ødegaard

Martin Ødegaard (lahir 17 Disember 1998) ialah pemain bola sepak profesional Norway yang beraksi di posisi pemain tengah dan berperanan sebagai kapten pasukan untuk kelab Arsenal dan juga pasukan kebangsaan Norway. Dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik dunia, beliau dikenali dengan kemahiran teknik, kebolehan menggelecek, visi dan hantaran bolanya.[4][5]Ødegaard memulakan kariernya pada usia 15 tahun iaitu pada tahun 2014 apabila beliau bermain untuk Strømsgodset; beliau telah menghasilkan rekod Tippeligaen sebagai penjaring gol termuda. Pada tahun 2015, kelab Real Madrid telah mengikat beliau dengan perpindahan awal bernilai €4 juta (Kr. 35 juta),[6] apabila beliau meletakkan rekod sebagai pemain termuda kelab. Apabila beliau jarang merebut peluang untuk bermain, beliau telah dipinjamkan ke Heerenveen, Vitesse dan Real Sociedad. Di Sociedad, beliau memenangi Copa del Rey pada tahun 2019. Seterusnya, beliau dipinjamkan ke Arsenal pada tahun 2021 dengan perpindahan awal bernilai £30 juta (€35 juta). Selepas menempuh satu musim yang cemerlang bersama Arsenal, beliau diumumkan sebagai kapten pasukan secara rasmi pada tahun 2022.Ødegaard telah melakukan debut bersama Norway pada tahun 2014 iaitu sewaktu beliau berusia 15 tahun. Perkembangan ini menjadikan beliau pemain termuda Norway serta menjadi pemain termuda untuk beraksi di perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah. Beliau menyandang jawatan kapten pasukan Norway pada Mac 2021.[7]

Martin Ødegaard

2013 Norway B15
2014 Norway B17
2021 Arsenal (pinjam)
2017–2018 Heerenveen (pinjam)
2021– Arsenal
2014–2018 Norway B21
2014–2015 Strømsgodset
Tarikh lahir (1998-12-17) 17 Disember 1998 (umur 24)
2015–2021 Real Madrid
2014– Norway
Kelab terkini Arsenal
Nombor 8
2005–2009 Drammen Strong[3]
Nama penuh Martin Ødegaard
2009–2014 Strømsgodset
2013–2014 Norway B16
2019–2020 Real Sociedad (pinjam)
Posisi permainan Pemain tengah[2]
Tempat lahir Drammen, Norway
Tahun Pasukan
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)[1]
2015–2017 Real Madrid Castilla
2018–2019 Vitesse (pinjam)

Rujukan

WikiPedia: Martin Ødegaard https://www.premierleague.com/players/11419/Martin... https://web.archive.org/web/20210312222740/https:/... https://www.footballcritic.com/martin-odegaard/pla... https://web.archive.org/web/20221227141715/https:/... https://www.1sports1.com/best-midfielders-world-ri... https://www.sportskeeda.com/football/5-best-midfie... http://www1.skysports.com/football/news/12087/9682... https://web.archive.org/web/20150130012707/http://... https://www.justarsenal.com/martin-odegaard-named-... https://web.archive.org/web/20221107172801/https:/...